Followers

Wednesday 30 November 2011

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

  1. Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
Tujuan fasa permulaan pengajaran: 
  • Menarik perhatian pelajar
  • Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif
  • Memperkenalkan objektif pembelajaran
  • Membina aliran pemikiran
  • Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar
 Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran:
  • Menarik perhatian
    • menggunakan  suara, pergerakan, isyarat badan dan  eye contact
    • menggunakan bantuan alat pandang dengar
    • mempelbagaikan interaksi antara guru dan pelajar
  • Menimbulkan motivasi pelajar
    • mewujudkan hubungan baik
    • menunjukkan keghairahan mengajar
    • merangsang sifat ingin tahu
    • bercerita
  • Menstruktur pengajaran dan pembelajaran
    • menunjukkan hasil pembelajaran
    • membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
    • mencungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar
    • Membuat perkaitan
      • membanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar
      • menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

 Apa itu kemahiran mikropengajaran?

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran  asas yang dikenali sebagai  kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut.

Sepuluh kemahiran mikropengajaran tersebut adalah:
  1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
  2. Menyoal
  3. Menerang
  4. Memperkukuh
  5. Mengilustrasi dengan contoh
  6. Membuat demonstrasi
  7. Mengendali perbincangan
  8. Mengendali kerja amali
  9. Menutup pengajaran
  10. 10.  Membuat refleksi

Tuesday 22 November 2011

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK)


 
Aspek-aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK):

  •  Membanding beza
  •  Mengklasifikasi atau mengkategori  
  •  Meneliti atau sebahagian dan keseluruhan
  •  Membuat sekuan
  •  Menerangkan sebab
  •  Membuat ramalan
  •  Menyusul periksa andaian
  •  Membuat inferens
  •  Mengesahkan sumber maklumat
  •  Menjana idea
  •  Mencipta analogi
  •  Mencipta metafora
  •  Membuat keputusan
  •  Menyelesaikan masalah

Kemahiran Berfikir


KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
 
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

Monday 21 November 2011

Dua Kemahiran Profesional yang perlu dikuasai oleh guru


Dua kemahiran profesional yang perlu dikuasai oleh guru untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

1. Kemahiran Belajar
  • • Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.
  • • Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya murid-murid.
2. Kemahiran Merancang
  • Guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang sistematik.
  • Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini akan menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Cadangan mengatasi kelemahan membaca dan menulis


Cadangan mengatasi kelemahan membaca
  • Permainan abjad
  • Peti surat peribadi
  • Suku kata berwarna
  • Menulis pesanan atau rencana
  • Seni kata lagu
  • Aktiviti menggalakkan bacaan
  • Baca kad perkataan atau buku besar
  • Sudut bacaan
Cadangan mengatasi kelemahan menulis
  • Membuat garisan dari kiri ke kanan
  • Menyambung garisan putus-putus
  • Melengkapkan huruf yang tertinggal
  • Melukis di atas titik
  • Menulis ayat pendek
  • Melukis atas pasir atau awan atau udara
  • Menulis suku kata

LAGU

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan sangat penting dalam pendidikan sesebuah negara kerana mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangasaan menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berketrampilan, berakhlak mulia, seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomumikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, matlamat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.




Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Bahasa Malaysia Tahun Satu)

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubalkan untuk membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :

1. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;

2. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat yang betul;

3. mendengar, memahami dan memberikan respon berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

4. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

5. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

6. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;

7. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

8. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

9. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

10. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon dengan betul;

11. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

12. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

13. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;

14. menulis secara makanis dengan betul dan kemas;

15. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

16. menulis imlak dengan betul;

17. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

18. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

19. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

20. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

21. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan dan

22. mengharyati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti bahasa.