- Membanding beza
- Mengklasifikasi atau mengkategori
- Meneliti atau sebahagian dan keseluruhan
- Membuat sekuan
- Menerangkan sebab
- Membuat ramalan
- Menyusul periksa andaian
- Membuat inferens
- Mengesahkan sumber maklumat
- Menjana idea
- Mencipta analogi
- Mencipta metafora
- Membuat keputusan
- Menyelesaikan masalah
Happiness is likes a crystal ball, Fair and exquisite and clear, Broken in a million pieces, Shattered, scattered far and near.....
Tuesday, 22 November 2011
Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK)
Kemahiran Berfikir
| Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai : “ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami. |
Monday, 21 November 2011
Dua Kemahiran Profesional yang perlu dikuasai oleh guru
- • Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.
- • Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya murid-murid.
- Guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang sistematik.
- Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini akan menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Cadangan mengatasi kelemahan membaca dan menulis
- Permainan abjad
- Peti surat peribadi
- Suku kata berwarna
- Menulis pesanan atau rencana
- Seni kata lagu
- Aktiviti menggalakkan bacaan
- Baca kad perkataan atau buku besar
- Sudut bacaan
- Membuat garisan dari kiri ke kanan
- Menyambung garisan putus-putus
- Melengkapkan huruf yang tertinggal
- Melukis di atas titik
- Menulis ayat pendek
- Melukis atas pasir atau awan atau udara
- Menulis suku kata
LAGU
Falsafah Pendidikan
Matlamat
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Bahasa Malaysia Tahun Satu)
Matlamat
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubalkan untuk membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.
Objektif
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :
1. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;
2. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat yang betul;
3. mendengar, memahami dan memberikan respon berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
4. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;
5. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
6. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;
7. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;
8. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
9. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
10. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon dengan betul;
11. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
12. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
13. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
14. menulis secara makanis dengan betul dan kemas;
15. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
16. menulis imlak dengan betul;
17. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.
18. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
19. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
20. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
21. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan dan
22. mengharyati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti bahasa.