Followers

Friday 9 December 2011

KATA SENDI NAMA



KATA SENDI

Contoh-contoh:

1) Encik Hassan sangat sayang akan anak-anaknya.
2) Saya amat benci akan perbuatan-perbuatannya yang keji itu.
3) Bapa saya bekerja dari pagi hingga larut malam.
4) Ganai berasal dari Miri, Sarawak.
5) Kakak menerima surat daripada ayah yang bekerja di Singapore.
6) Beg tangan ini diperbuat daripada kulit buaya.
7) Ayah menyembelih ayam dengan pisau yang tajam itu.
8) Sarah belajar di sekolah yang sama dengan Aziz.
9) Murid-murid sedang menunggu bas di perhentian bas.
10) Perlawanan bala sepak itu akan berlangsung dari hari Isnin hingga hari Rabu.
11) Encik Johari dan keluarganya telah pulang ke kampung.
12) Haslina ialah anak kedua kepada Encik Helmi.
13) Bola ini ditendang oleh budak yang nakal itu.
14) Ibu berbuat demikian untuk kebaikan Hussein.
15) Pada pendapat saya, jalan ini harus diperluas lagi.
16) Majlis ini akan bermula pada pukul 8 malam.

No comments:

Post a Comment

LAGU

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan sangat penting dalam pendidikan sesebuah negara kerana mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangasaan menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berketrampilan, berakhlak mulia, seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomumikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, matlamat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.




Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Bahasa Malaysia Tahun Satu)

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubalkan untuk membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :

1. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;

2. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat yang betul;

3. mendengar, memahami dan memberikan respon berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

4. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

5. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

6. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;

7. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

8. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

9. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

10. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon dengan betul;

11. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

12. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

13. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;

14. menulis secara makanis dengan betul dan kemas;

15. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

16. menulis imlak dengan betul;

17. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

18. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

19. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

20. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

21. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan dan

22. mengharyati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti bahasa.