Followers

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian 

Mata Pelajaran            : Bahasa Malaysia

Tema                           : Mesra Jiran
Unit                             : Jiran saya
Kelas                           : Tahun 1R
Tarikh                          : 3-11-2011 (Khamis)
Masa                           : 1.40a.m. – 2.10a.m ( 30 minit)
Bilangan Murid           : 44 orang

Fokus Utama: Standard kandungan :       
1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku   kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul.
Focus Sampingan: Standard kandungan: 
1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vocal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran , murid dapat :
1)      Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
2)      Membatangkan suku kata tertutup yang sesuai berdasarkan gambar dengan betul.

Pengisian Kurikulum: 1) ilmu : Pendidikan Moral
                                       2) nilai : Kasih sayang , toleransi, kerjasama, hormat-menghormati
                                       3) KBT : Kemahiran berfikir , menghubungkaitkan

Pengetahuan sedia ada pelajar: Murid pernah menyanyi lagu “Jiran” pada waktu muzik.

Sistem Bahasa : Tatabahasa: Kata Nama Am, Kosa Kata

Kaedah : Kaedah soal jawab, perbincangan, kerja individu

BBM :  Komputer, LCD, Kad Imbasan , Gambar Rajah , Lembaran Kerja


Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Fasa
Isi kandungan
Aktiviti dan pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set induksi
( 3 minit)

Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur

1)      Guru menyanyikan lagu. 
2)      Guru memaparkan lirik
lagu.
3)      Guru mengajar murid   
menyanyi lagu.
4)      Guru menyoal murid tentang tajuk yang akan dipelajari hari ini.
5)      Murid memberi respon
kepada soalan cikgu.
Jiran saya
Saya ada jiran
Sungguh baik hati
Melayu , Cina, India
Hidup bersatu hati
Saya ada jiran
Tinggal satu taman
Hidup penuh sopan
Semua jadi teman

 





1)      Murid menyanyi lagu sambil melihat lirik yang dipapar di papan hitam.




Nilai :
Hormat-menghormati
Kasih sayang
Baik hati

BBM:
Komputer, LCD,
Buku Teks (m/s 20)

Langkah 1
( 7 minit )

membatangkan suku kata tertutup yang sesuai berdasarkan gambar dengan betul.


1)      Guru memaparkan kad imbasan di papan hitam.
2)      Guru meminta murid cuba membaca suku kata pada kad imbasan tersebut.
3)      Guru membetulkan jika murid tersalah baca.


Perkataan Kad Imbasan :
                               
        
  ayah
 awan
 ulat
 ikan
 atap
 anak
 jiran
 kawan
 
 

1)      Murid mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan suku kata  dengan sebutan yang betul.
2)      Murid mendengar dan memnyebut suku kata dengan betul.


Sistem Bahasa:
Kata Nama Am


Langkah 2
( 7 minit )

Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu dalam situasi  tidak formal secara bertatasusila


1)      Guru meminta murid menceritakan  hubungan mereka bersama dengan jiran .
2)      Guru mengaitkan nilai murni Kasih Sayang kepada murid.
3)      Bagaimanakah kita berhubung baik dengan jiran kita?
4)      Apakah kebaikan kita berjiran?

Soalan :
1)      Ceritakan tentang jiran anda?
-nama, umur, pekerjaan.
 
 


1)      Murid menceritakan hubungan mereka bersama dengan jiran.


Kaedah :
Kaedah soal jawab
Perbincangan
Kerja individu

Nilai:
Toleransi,
Hormat-menghormati,
Kasih sayang

Ilmu:
Pendidikan Moral




Langkah 3
( 10 minit )
Mengeja suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.
1)      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
2)      Guru memberi arahan kepada murid.
3)      Guru meronda sambil memberi tunjuk ajar.
4)      Bincangkan jawapan dalam kelas.
( lembaran kerja adalah di lampiran 1. )


1)      Murid menyiapkan lembaran kerja dengan tekun.
2)      Murid mengeja suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.


Nilai:
Tekun

BBM:
Lembaran Kerja

Penutup
(3 minit)

Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.


1)      Guru meminta menyebut semua suku kata yang dipelajari hari ini.
2)      Guru memberi galakkan kepada murid.


1)      Murid menyebut semua suku kata dengan betul.

Nilai :
bekerjasama

LAGU

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan sangat penting dalam pendidikan sesebuah negara kerana mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangasaan menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berketrampilan, berakhlak mulia, seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomumikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, matlamat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.




Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Bahasa Malaysia Tahun Satu)

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubalkan untuk membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :

1. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;

2. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat yang betul;

3. mendengar, memahami dan memberikan respon berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

4. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

5. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

6. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;

7. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

8. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

9. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

10. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon dengan betul;

11. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

12. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

13. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;

14. menulis secara makanis dengan betul dan kemas;

15. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

16. menulis imlak dengan betul;

17. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

18. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

19. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

20. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

21. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan dan

22. mengharyati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti bahasa.